Saturday, April 25, 2015

Ceramah tentang buku catatan pada 22/4/2015 (Rabu)

Ceramah tentang buku catatan pada 22/4/2015

Pihak sekolah telah mengadakan satu ceramah tentang cara untuk mengaplikasikan buku catatan yang baru diperkenalkan serta kebaikannya.

Semua pelajar diminta berkumpul di dalam dewan dan oleh sebab itu, sesi latihan taekwondo pada minggu ini dibatalkan.

Friday, March 27, 2015

Latihan Taekwondo pada 25/3/2015 (Rabu)

Latihan Taekwondo pada 25/3/2015

Latihan taekwondo sambung semula selepas cuti bulan Mac.

Kali ini, Sir telah mengajar ahli-ahli teknik-teknik yang lebih memerlukan kebolehan fizikal seperti Right hook, Jab dan beberapa teknik yang lain.

Selain itu, ahli-ahli yang mempunyai pingkat tali pinggang juga mempunyai peluang untuk melatih teknik yang lebih maju.

Wednesday, February 11, 2015

Latihan Taekwondo pada 11/2/2015 (Rabu)

Latihan Taekwondo pada 11/2/2015

Untuk mengganti sesi latihan yang telah diambil oleh taklimat kokurikulum pada minggu lepas, telah diputuskan bahawa minggu ini adalah minggu untuk aktiviti kelab badan beruniform.

Latihan taekwondo pada hari ini diadakan seperti biasa. Sir telah mengulangkaji balik teknik-teknik yang asas seperti Straight punch, Double punch, Front kick, Turning kick dan sebagainya.

Didapati bahawa ahli-ahli mempunyai sedikit kesusahan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti taekwondo selepas berakhirnya cuti akhir tahun.

Wednesday, February 4, 2015

Taklimat Kokurikulum pada 4/2/2015 (Rabu)

Taklimat kokurikulum pada 4/2/2015

Pihak sekolah telah mengadakan satu taklimat yang berkenaan dengan kokurikulum pada hari tersebut.

Oleh sebab sesi taklimat itu bercanggah dengan sesi latihan Taekwondo pada hari itu, maka sesi latihan dibatalkan.


Friday, January 16, 2015

Mesyuarat Agung pada 15/1/2015 (Khamis)

Mesyuarat Agung pada 15/1/2015 (Khamis)

Sesi perjumpaan Persatuan Taekwondo SMK Tuanku Lailatul Shahreen telah diadakan pada kali pertama untuk tahun 2015.

Agenda yang telah dibincangkan adalah carta organisasi, harga yuran, borang pendaftaran dan yuran pendaftaran dan lain-lain.

Carta organisasi untuk tahun 2015 boleh dirujuk di sini.

Harga yuran akan dikira sebanyak RM5 untuk sekali latihan atau RM20 untuk 4 kali latihan. Yuran tetap akan dikira jika ahli tersebut tidak hadir ke latihan tanpa sebab yang munasabah.

Yuran pendaftaran tahunan adalah RM20. Ahli bolehlah mendapat borang pendaftaran daripada Yeng Yong Kai (5P). Borang pendaftaran yang diisi, tidak perlu gambar, beserta dengan yuran pendaftaran haruslah dihantar kepada Bendahari atau Penolong Bendahari secepat mungkin.


Friday, October 10, 2014

LATIHAN TAEKWONDO PADA 8/10/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 8/10/2014

Latihan Taekwondo diteruskan lagi pada minggu ini seperti biasa. 

Ahli-ahli didedahkan lagi kepada beberapa teknik yang lebih jarang dilatih, antaranya Elbow, High Elbow dan Uppercut.
Ahli-ahli sangat teruja dalam mempelajari dan melatih teknik-tenik yang lebih jarang dan susah.

Ahli-ahli Tingkatan 3 dan 5 tidak dapat hadir sehinggalah peperiksaan habis.

LATIHAN TAEKWONDO PADA 24/09/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 24/09/2014 (Rabu)

Oleh sebab aktiviti keceriaan sempena bulan Kemerdekaan, latihan Taekwondo ditangguhkan sekali lagi.
Ahli-ahli kembali sekali lagi pada haribulan 24/09 untuk latihan Taekwondo yang seterusnya.

Latihan dijalankan seperti biasa, tanpa apa-apa masalah.

Seperti latihan sebelum ini, ahli-ahli Tingkatan 3 dan 5 tidak dapat latih bersama kerana kelas tambahan yang wajib dihadiri.

LATIHAN TAEKWONDO PADA 6/08/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 6/08/2014.

Selepas ketiadaan latihan yang disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, latihan Taekwondo telah disambung semula.

Kebanyakan ahli tidak dapat menunggu untuk berlatih lagi, dan telah menunjukkan semangat yang tinggi semasa sesi latihan sedang dijalankan. 

Oleh sebab kelas tambahan, ahli-ahli tingkatan 3 dan 5 tidak dapat dihadir.
Latihan berakhir pada pukul 4.30 petang seperti biasa.