Friday, October 10, 2014

LATIHAN TAEKWONDO PADA 8/10/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 8/10/2014

Latihan Taekwondo diteruskan lagi pada minggu ini seperti biasa. 

Ahli-ahli didedahkan lagi kepada beberapa teknik yang lebih jarang dilatih, antaranya Elbow, High Elbow dan Uppercut.
Ahli-ahli sangat teruja dalam mempelajari dan melatih teknik-tenik yang lebih jarang dan susah.

Ahli-ahli Tingkatan 3 dan 5 tidak dapat hadir sehinggalah peperiksaan habis.

LATIHAN TAEKWONDO PADA 24/09/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 24/09/2014 (Rabu)

Oleh sebab aktiviti keceriaan sempena bulan Kemerdekaan, latihan Taekwondo ditangguhkan sekali lagi.
Ahli-ahli kembali sekali lagi pada haribulan 24/09 untuk latihan Taekwondo yang seterusnya.

Latihan dijalankan seperti biasa, tanpa apa-apa masalah.

Seperti latihan sebelum ini, ahli-ahli Tingkatan 3 dan 5 tidak dapat latih bersama kerana kelas tambahan yang wajib dihadiri.

LATIHAN TAEKWONDO PADA 6/08/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 6/08/2014.

Selepas ketiadaan latihan yang disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, latihan Taekwondo telah disambung semula.

Kebanyakan ahli tidak dapat menunggu untuk berlatih lagi, dan telah menunjukkan semangat yang tinggi semasa sesi latihan sedang dijalankan. 

Oleh sebab kelas tambahan, ahli-ahli tingkatan 3 dan 5 tidak dapat dihadir.
Latihan berakhir pada pukul 4.30 petang seperti biasa.

Thursday, July 3, 2014

HARI KANTIN

HARI KANTIN PADA 24 DAN 25 JUN

Pada hari Selasa dan hari Rabu lepas iaitu 24 dan 25 Jun, sekolah kita telah mengadakan hari kantin tahunan. Pada hari Selasa, hari anugerah kecemerlangan dimulakan dahulu.

Malangnya, hujan telah turun dengan lebat pada hari Selasa. Hal ini menyebabkan banyak gerai basah dan mengambil masa untuk membersihkan gerai-gerai mereka. Walausebagaimanapun,  perniagaan gerai tetap berjalan. Pada mulanya, murid yang mengunjung gerai Taekwondo sedikit tetapi menjelang masa, nombor itu pun menambah.

Berbanding dengan tahun lepas, persatuan Taekwondo telah menjual dengan lebih laras pada tahun ini. Hal ini adalah kerana kerjasama dan komitment yang ditunjukkan oleh ahli Taekwondo.

Sunday, April 13, 2014

LATIHAN TAEKWONDO PADA 2/04/2014 (RABU)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 2/04/2014.

Latihan diadakan seperti biasa pada 2 haribulan April bersamaan dengan hari Rabu. 

Latihan diteruskan dengan Sir mengajar dan mengulang balik cara-cara asas supaya dapat dikukuhkan dalam ahli-ahli.

Ahli-ahli bersurai pada tepat pukul 4.00 untuk meneruskan aktiviti sukan dan permainan seterusnya. 

Warm-up sebelum melakukan aktiviti: Sesi warm-up yang dilakukan pada mula latihan Taekwondo yang haruslah dilakukan untuk mengelakkan kecederaan otot.


Pengingatan: Sir sedang mengingatkan ahli-ahli tentang cara stance yang betul.


Pengumunan: 
1. Kepada sesiapa yang tidak lagi memberi borang pendaftaran dan yuran pendaftaran (RM20), sila memberi dengan kadar yang secepat mungkin kepada Yeng Yong Kai (4P), Kok Ai Ying (2P) atau Ooi Rou Ying (2P).
2. Kepada sesiapa yang tidak lagi membeli baju Taekwondo untuk dipakai semasa latihan Taekwondo pada hari Rabu haruslah mengambil tindakan dengan segera. Baju boleh dibeli daripada Nam Tip (2P) dengan bayaran RM16 untuk lengan pendek dan RM18 untuk lengan panjang.

Wednesday, February 26, 2014

LAPORAN AKTIVITI UNTUK LATIHAN TAEKWON-DO PADA 19-02-2014

 LAPORAN AKTIVITI UNTUK SESI PENGGAMBARAN DAN LATIHAN TAEKWON-DO PADA 19-02-2014

Suatu sesi penggambaran untuk majalah tahunan sekolah telah diadakan pada 19 haribulan Februari 2014 (Rabu). Semua ahli-ahli jawatankuasa diwajib menghadiri sesi penggambaran tersebut. Sesi ini telah mengambil masa selama 35 minit. Oleh sebab masa latihan yang dirancang digguna oleh sesi tersebut, latihan telah diadakan bermula daripada jam 3.35pm hingga 4:30pm, selama hampir satu jam.

 Latihan tersebut merupakan latihan pertama di tahun 2014. Jurulatih untuk unit beruniform Taekwon-do, Sir Huat Chuan Khau, telah mengajar teknik-teknik yang asas, seperti punch, double punch, forward kick dan turning kick.

Latihan tersebut berakhir pada jam 4.30pm, dan disambung dengan aktiviti sukan dan permainan.

Saturday, January 18, 2014

LAPORAN KURSUS KEPEMIMPINAN KO-KORUKULUM

LAPORAN KURSUS KEPEMIMPINAN KO-KORUKULUM SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN, 18-01-2014.

Pada 18 haribulan Januari 2014 (Sabtu), SMK Tuanku Lailatul Shahreen telah mengadakan Kusrus Kepemimpinan Ko-kurikulum yang dijalankan di dewan sekolah tersebut. Sebanyak 110 pelajar yang menjawat jawatan Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dalam persatuan-persatuan tersebut telah hadir.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah taklimat sistem ko-korikulum dan kepentingannya. Selepas rehat selama 20 minit, kursus tersebut disambungkan dengan bengkel penghasilan blog yang dikendalikan oleh Cikgu Widat dan Cikgu Shakila.

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam penghasilan blog dijangka pulang ke dewan pada 1.30pm untuk acara seterusnya iaitu Penilaian blog serta penyampaian hadiah.

Para pelajar dibenarkan pulang pada pukul 2.00pm.

Hasilan kerja telah berbuah: (Dari kiri ke kanan) Wilson Lim (Setiausaha), Yeng Yong Kai (Bendahari),
Saw Yi Hang (Naib-pengerusi) dan Jessica Lim Jia Hui (Pengerusi) menunjukkan moto, visi, misi dan logo Persatuan Taekwon-do.