Friday, October 10, 2014

LATIHAN TAEKWONDO PADA 8/10/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 8/10/2014

Latihan Taekwondo diteruskan lagi pada minggu ini seperti biasa. 

Ahli-ahli didedahkan lagi kepada beberapa teknik yang lebih jarang dilatih, antaranya Elbow, High Elbow dan Uppercut.
Ahli-ahli sangat teruja dalam mempelajari dan melatih teknik-tenik yang lebih jarang dan susah.

Ahli-ahli Tingkatan 3 dan 5 tidak dapat hadir sehinggalah peperiksaan habis.

LATIHAN TAEKWONDO PADA 24/09/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 24/09/2014 (Rabu)

Oleh sebab aktiviti keceriaan sempena bulan Kemerdekaan, latihan Taekwondo ditangguhkan sekali lagi.
Ahli-ahli kembali sekali lagi pada haribulan 24/09 untuk latihan Taekwondo yang seterusnya.

Latihan dijalankan seperti biasa, tanpa apa-apa masalah.

Seperti latihan sebelum ini, ahli-ahli Tingkatan 3 dan 5 tidak dapat latih bersama kerana kelas tambahan yang wajib dihadiri.

LATIHAN TAEKWONDO PADA 6/08/2014 (Rabu)

LATIHAN TAEKWONDO PADA 6/08/2014.

Selepas ketiadaan latihan yang disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, latihan Taekwondo telah disambung semula.

Kebanyakan ahli tidak dapat menunggu untuk berlatih lagi, dan telah menunjukkan semangat yang tinggi semasa sesi latihan sedang dijalankan. 

Oleh sebab kelas tambahan, ahli-ahli tingkatan 3 dan 5 tidak dapat dihadir.
Latihan berakhir pada pukul 4.30 petang seperti biasa.