Pangkat Tali Pinggang

Seni Taekwon-do diketuai oleh badan Organisasi World Taekwondo Federation (WTF).

Pangkat Taekwon-do dikategorikan dengan tali pinggang seperti yang diketahui khalayak ramai.
Tetapi, Taekwon-do juga boleh dikategori dengan dua seksyen, iaitu "junior" dan "senior" atau "pelajar" dan "pengajar". 

Untuk seksyen "junior", mereka mempunyai cara identifikasi sejumlah sepuluh pangkat, atau tali pinggang berwarna yang dipanggil  (dibaca geup). Mereka biasanya bermula pada geup yang kesepuluh iaitu tali pinggang berwarna putih, dan berakhir pada tali geup pertama, iaitu tali pinggang merah dengan jalur hitam.

Manakala untuk seksyen "senior" pula, mereka mempunyai sembilan pangkat. Pangkat-pangkat tersebut dipanggil 단 (dibaca dan), atau lebih dikenali secara popular sebagai tali pinggang berwarna hitam.

Secara asasnya, warna tali pinggang (secara meningkat) Taekwon-do ialah:

1. Putih
2. Kuning
3. Jingga
4. Hijau
5. Biru
6. Perang
7. Merah
8. Hitam

No comments:

Post a Comment