Saturday, January 18, 2014

LAPORAN KURSUS KEPEMIMPINAN KO-KORUKULUM

LAPORAN KURSUS KEPEMIMPINAN KO-KORUKULUM SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN, 18-01-2014.

Pada 18 haribulan Januari 2014 (Sabtu), SMK Tuanku Lailatul Shahreen telah mengadakan Kusrus Kepemimpinan Ko-kurikulum yang dijalankan di dewan sekolah tersebut. Sebanyak 110 pelajar yang menjawat jawatan Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dalam persatuan-persatuan tersebut telah hadir.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah taklimat sistem ko-korikulum dan kepentingannya. Selepas rehat selama 20 minit, kursus tersebut disambungkan dengan bengkel penghasilan blog yang dikendalikan oleh Cikgu Widat dan Cikgu Shakila.

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam penghasilan blog dijangka pulang ke dewan pada 1.30pm untuk acara seterusnya iaitu Penilaian blog serta penyampaian hadiah.

Para pelajar dibenarkan pulang pada pukul 2.00pm.

Hasilan kerja telah berbuah: (Dari kiri ke kanan) Wilson Lim (Setiausaha), Yeng Yong Kai (Bendahari),
Saw Yi Hang (Naib-pengerusi) dan Jessica Lim Jia Hui (Pengerusi) menunjukkan moto, visi, misi dan logo Persatuan Taekwon-do.